China, Perancis Ganding Bahu Berkembang Maju_malay.yeashinkim.com - 澳门金沙博彩官网
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

澳门金沙博彩官网

2019-03-24 14:40:00 CRI

Sebelum lawatan ke Perancis, Presiden China, Xi Jinping telah menyiarkan rencana yang bertajuk "Ganding Bahu Berkembang Maju" dalam akhbar Perancis, Le Figaro semalam waktu tempatan.

Xi menganggap, kesalingpercayaan politik antara China dan Perancis dipertingkat, pertukaran lawatan peringkat tinggi sering diadakan, sebanyak lebih 30 mekanisme dialog dan rundingan yang melibatkan strategi, ekonomi, kewangan dan sosiobudaya telah menjalankan interaksi dan penyelarasan yang berkualiti. Persefahaman kedua-dua pihak dalam isu antarabangsa yang penting semakin bertambah, dan kedua-dua negara ini telah menjalankan kerjasama yang baik dalam rangka Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kumpulan 20, bersama-sama mendorong penyelesaian secara damai isu rantau yang menjadi tumpuan sekali gus memainkan peranan penting dalam memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan dunia. Atas usaha bersama kedua-dua pihak, Perjanjian Paris tentang perubahan iklim telah dicapai dan dilaksanakan, dan turut dijadikan panduan dalam kerjasama untuk menangani perubahan iklim sejagat.

Xi menyatakan, dalam tempoh lima tahun lalu, perdagangan dua hala telah bertambah lebih USD13 bilion (RM53 bilion), manakala pelaburan dua hala melebihi USD20 bilion (RM81 bilion). Selain itu, sudah terdapat 102 pasangan provinsi, wilayah dan bandar kedua-dua pihak menjalinkan ikatan persahabatan, yang dilihat menyumbang kepada pembentukan jaringan interaksi dan kerjasama daerah.

China, selaku rakan strategik komprehensif Perancis, bersedia berkembang bersama dengan Perancis, memegang peluang yang bermakna sejarah, bekerjasama mengatasi cabaran, memperdalam kesalingpercayaan dari segi strategi, dan memperluas saluran untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Demi mewujudkan matlamat tersebut, Xi menyuarakan empat prinsip, iaitu berdikari dan berinisiatif, terbuka dan menang-menang, bersikap inklusif dan bersedia saling belajar, dan sudi memikul tanggungjawab yang wajar.

Pada titik permulaan baharu dalam sejarah, China bersedia bersama-sama dengan Perancis bersungguh-sungguh mendorong hubungan bilateral membuahkan hasil yang semakin besar.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin